Artikel

Tips Ulangkaji 'Last Minute'

Siapa dekat sini yang suka study last minute? Semua student selalunya gemar study bila dah nak final exam. Hari-hari terakhir tu mula lah nak refer balik notes yang bersepah-sepah tanpa ada tujuan yang betul. Hari ini, PANDAI nak share serba sedikit tips buat student yang buntu nak ulang kaji masa last minute.
“Relaks. Jangan panik”
Guna highlighter yang berwarna-warni untuk point out definisi, fakta penting dan isi kandungan dalam buku teks yang confirm masuk exam! Nota-nota pendek selalu nya straight to the point dan senang nak hafal. Semak key point yang penting untuk buat summary yang padat. Biasanya untuk dapat teknik menghafal dengan berkesan, student selalu menggunakan teknik “Mnemonic Device” iaitu teknik singkatkan huruf untuk membentuk acronym. Jadi, boleh cuba taktik macam ini.
Bagi yang suka study sendiri tu, ulangkaji beramai-ramai sangat lah berguna di saat-saat akhir. Lebih-lebih lagi untuk berkongsi nasihat cikgu semasa dalam kelas. Konsep idea-idea bernas akan keluar secara berulang kali bila dibuat dalam kumpulan. Cara study group juga menjimatkan masa tau, student akan jadi lebih fokus ke arah point-point penting. Dapat juga mengeratkan silaturrahim dengan rakan-rakan!
Memang susah nak berenggang dengan internet lagi-lagi bila semua informasi dalam laptop. Kebanyakkan maklumat cikgu bagi dalam laptop ialah kerana kelas online. Tapi, pelajar mestilah bijak menggunakan masa supaya tak tengok benda yang tidak berfaedah.
Pastikan tidur secukupnya sebelum menjelang peperiksaan. Kalau kurang tidur, badan jadi lemah, susah nak fokus dan silap-silap semua point yang hafal semalam hilang! Jadi, potensi untuk blank atau hilang fokus sangat besar kerana otak tidak berfungsi dengan baik. Untuk mengelakkan perkara ini berlaku, student perlu mengamalkan makanan yang berkhasiat seperti buah-buahan segar, smoothies, telur, ikan, kacang dan green tea. Semua makanan tu ada fiber yang tinggi untuk tolong otak berfikir dengan lebih effektif. Dengan mengambil masa lima minit untuk berehat sebentar sebenarnya lebih produktif daripada anda meneruskan pelajaran. Meneruskan untuk mengulang kaji pelajaran pada waktu tersebut hanyalah sekadar mencurah air ke daun keladi sahaja kerana akan menjadi lebih letih dan motivasi untuk terus belajar akan jatuh.
Bila dah last minute tu, macam macam nak fikir. Kad matrik tiba-tiba hilang lah, slip exam lambat print dan banyak lagi. Jadi, waktu-waktu macam ini kena isolate ke tempat yang sesuai untuk belajar seperti library ke atau pun tempat tidak menganggu perhatian. Tinggalkan komitmen yang ada terlebih dahulu dan tumpukan sepenuhnya untuk belajar. Student juga boleh memberikan kata-kata semangat kepada diri sendiri supaya lebih bermotivasi.