7 Tips Belajar Cemerlang:
Sekiranya anda mengalami masalah untuk mengulangkaji pelajaran ataupun menghafal fakta-fakta, ia mungkin berpunca daripada pengamalan kaedah belajar yang salah. Berikut kami kongsikan 7 Tips Belajar Cemerlang yang boleh dijadikan panduan untuk para pelajar:
Jika anda mempunyai masalah untuk luangkan masa dengan belajar, anda seharusnya mengorbankan beberapa aktiviti harian anda (bukan semua aktiviti) bagi memastikan anda mempunyai masa yang secukupnya digunakan untuk belajar. Sebagai contoh, mungkin anda perlu mengurangkan masa bersama media sosial atau korbankan masa anda bersukan pada hujung minggu untuk belajar mahupun mengulangkaji pelajaran.
a) Membuat jadual belajar sendiri
Dengan menyediakan jadual belajar sendiri, anda akan lebih peka dengan waktu untuk mengulangkaji pelajaran. Jadual belajar yang baik perlulah disusun mengikut subjek dengan waktu-waktu tertentu. Dengan ini anda akan dapat memberikan sepenuh perhatian pada satu-satu subjek mengikut waktu-waktu yang telah disusun. Selain itu, jadual yang baik juga perlulah disertakan dengan tarikh-tarikh penting seperti tarikh peperiksaan yang bakal berlangsung, dan juga tarikh kita perlu menghantar tugasan yang diberikan guru supaya kita tidak terlepas pandang.
b) Senaraikan segala perkara yang perlu disiapkan
Sebagai pelajar kita sewajarnya menyenaraikan segala perkara yang perlu kita siapkan pada permulaan setiap minggu. Senaraikan segala kerja yang perlu dihantar dalam minggu tersebut supaya kita tidak lupa atau terlepas pandang terhadap tugasan tersebut.
c) Memasang penggera jam
Memasang penggera jam merupakan salah satu cara untuk anda meranacang masa belajar anda. Penggera jam mampu berfungsi untuk mengingatkan anda terhadap masa belajar. Setkan penggera pada setiap masa belajar bersesuaian dengan jadual belajar yang telah ditetapkan. Ini akan membantu anda untuk kekal fokus untuk belajar mengikut jadual yang telah anda bina.
a) Pemilihan ruang belajar
Ruang belajar yang sesuai kepada setiap pelajar adalah ruang yang senyap, selesa dan jauh dari gangguan. Ia akan membuatkan anda lebih gembira, lebih berinspirasi dan lebih fokus terhadap pekara yang anda lakukan. Untuk menambah lagi keserian ruang belajar ini, ianya boleh dihiasi dengan gambar mahupun objek kegemaran anda. Jika anda mahu mendengar muzik ketika belajar, anda boleh menyediakan ruang untuk mendengar muzik tersebut.
b) Pemilihan masa
Sesetengah orang kebiasaanya lebih selesa belajar pada waktu pagi. Tapi ada juga orang yang selesa pada waktu malam. Pilih masa belajar anda bersesuaian dengan jadual belajar anda. Jangan belajar melebihi masa tidur anda. Berjaga terlalu lama untuk belajar pada lewat malam akan memenatkan badan dan minda anda dan ini akan menganggu kaedah belajar anda.
a) Pendengaran
Pelajar yang belajar melalui pendengaran digalakkan untuk belajar dengan membaca nota secara kuat dan berbincang perkara yang dipelajari dengan kawan lain (study group).
b) Penglihatan
Pelajar jenis ini digalakkan untuk banyak melihat. Cuba untuk menggunakan warna di dalam nota dan lukis diagram/rajah seperti peta minda bagi membantu anda mencari kata kunci.
c) Kinestetik/Taktikal
Pelajar ini digalakkan untuk belajar menggunakan perbuatan. Cuba untuk melakukan Teknik seperti berlakon atau membina model bagi mendapatkan kata kunci pembelajaran dan memudahkan untuk faham.
Jika anda tersangkut pada sesuatu masalah atau tidak dapat menjawab soalan yang dipelajari, anda boleh selalu bertanyakan kawan-kawan anda untuk menyelesaikan masalah tersebut. Anda juga boleh bertanyakan guru mahupun pensyarah anda tentang perkara yang anda tidak faham tersebut.
Sekurang-sekurangnya dalam masa seminggu, anda perlulah mengulangkaji semula perkara yang anda telah pelajari didalam kelas. Ia akan membantu anda untuk lebih memahami konsep perkara yang telah dipelajari dan membantu anda untuk mengingati nya dengan lebih jelas. Antara cara untuk anda mengulangkaji pelajaran adalah seperti berikut :
a) Kuiz
Minta pertolongan kawan ataupun keluarga untuk menanyakan soalan atau kuiz kepada anda berkenaan konsep yang telah anda pelajari. Kuiz sangat membantu anda untuk menambah keyakinan terhadap pengetahuan anda dan mengenalpasti dimana anda perlu berikan perhatian lebih.
b) Sediakan bahan ulangkaji
Lihat pada soalan-soalan peperiksaan yang lepas bagi membantu anda untuk mengulangkaji pelajaran. Ia membantu untuk lebih mengningati apa yang anda pelajari.
Belajar adalah suatu seni. Jika anda tahu menguasai seni tersebut, anda boleh berjaya biar pun diri anda mempunyai beberapa kekurangan. Setiap individu menunjukkan tindak balas yang berlainan terhadap pelbagai jenis tips atau teknik belajar. Ianya bergantung kepada individu itu sendiri. Namun, apa yang penting adalah untuk mengelakkan mengulangkaji saat akhir yang mana akan membuatkan kita kesuntukan masa untuk belajar secara berkesan.