Artikel

15 Tips untuk Cemerlang dalam Peperiksaan

Di sini disediakan 15 tip untuk cemerlang & persediaan menghadapi peperiksaan khususnya bagi pelajar-pelajar yang akan mengambil Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tidak lama lagi. 
Semoga dengan 15 Tip Untuk Cemerlang Dan Persediaan Menghadapi Peperiksaan ini dapat mengurangkan sedikit tekanan untuk semua pelajar yang terlibat dengan peperiksaan,
Pastikan anda mempunyai ruang yang cukup untuk meletakkan segala bahan dan nota anda. Adakah anda mempunyai pencahayaan yang cukup? Adakah kerusi dan meja anda selesa? Adakah permainan komputer anda tidak dapat dilihat dan mengganggu? Cuba hapuskan semua gangguan, dan pastikan anda berasa selesa dan dapat memberi tumpuan sebaik mungkin. Bagi sesetengah orang, mengulangkaji dalam keadaan yang senyap sunyi adalah yang terbaik, untuk yang lain, mungkin muzik latar belakang membantu. Sesetengah daripada kita memerlukan segala-galanya yang benar-benar kemas dan teratur untuk menumpukan perhatian. Fikirkan tentang apa yang berfungsi dan dapat membantu anda, dan luangkan sedikit masa untuk mendapatkannya persekitaran yang terbaik untuk anda mengulangkaji.
Menyemak jadual peperiksaan penting bagi menentukan masa cukup untuk belajar, khususnya pada saat-saat akhir ini. Latihan mesti diteruskan mengikut kertas peperiksaan yang akhir diduduki terlebih dulu. Ini kerana apabila tiba hari peperiksaan, calon akan belajar subjek yang akan diuji pada hari pertama peperiksaan. Jika melakukan demikian, bermakna anda telah membuat persiapan yang menyeluruh dan tidak ada subjek tertinggal atau tidak dipelajari.
Apakah kunci kepada peperiksaan? Peperiksaan menuntut calon membuat banyak latihan dan ulangkaji bagi mengingati pelajaran lalu, selain mengelak diri daripada lupa fakta ketika menjawab soalan. Oleh itu, anda jangan jemu untuk terus membuat ulangkaji, terutama menggunakan kertas peperiksaan tahun terdahulu atau soalan seiras. Langkah itu akan membiasakan anda dengan soalan standard, di samping membolehkan ingatan anda kekal dan berpanjangan.
Jangan study last minit. Walaupun sesetengah pelajar boleh mengharungi perkara ini tetapi hampir keseluruhan cerdik pandai menyatakan bahawa (ia diterima secara meluas bahawa untuk kebanyakan kita) ini bukan cara terbaik untuk mendekati peperiksaan. Untuk membantu menguruskan pengurusan masa anda, sediakan jadual waktu untuk mengulangkaji pelajaran. Tuliskan dan hafal jadual peperiksaan yang akan anda ambil. Kemudian sediakan perkara-perkara yang perlu diulangkaji bersesuaian dengan jadual anda dengan sewajarnya. Anda mungkin mahu memberi tumpuan dan memperuntukan masa yang lebih kepada subjek-subjek tertentu, jadi dapatkan keseimbangan yang anda rasa selesa. Tetapi sekiranya ianya terjadi (belajar last minit), belajarlah atau utamakan mata pelajaran atau kemahiran yang masih belum atau kurang anda kuasai. dalam hal ini, jangan sekali-kali belajar subjek yang anda sukai saja, sebaliknya merangkumi semua. Ini kerana setiap peperiksaan akan membabitkan semua subjek dipelajari di sekolah, bukannya berdasarkan minat seseorang calon.
Alat bantu visual sangat membantu apabila menyemak semula topik-topik yang hendak diulangkaji. Pada permulaan sesuatu topik, pastikan anda menulis semua perkara yang sudah anda hadam – dan kemudian menyerlah ke sub-sub yang masih belum dikuasai. Ketika hampir dengan dengan peperiksaan, letakkan nota semakan anda ke dalam rajah satu muka surat. Buatkan carta alir atau gambarajah untuk dapatkan idea anda dalam format ringkas, yang mana ini kemudian dapat membantu anda dengan cepat mengingati semua yang anda perlu ketahui semasa peperiksaan.

Untuk topik-topik yang melibatkan kemahiran hidup, sentiasa bertanya, berbual dan berbincang dengan ibu bapa, adik-beradik dan rakan-rakan pada apa-apa jua keadaan seperti ketika bersarapan, bermain, menonton dan sebagainya. Gunakan mereka untuk keuntungan anda. Latihkan diri dengan bertanya menerangkan jawapan soalan kepada mereka. Itu akan membantu anda untuk mendapatkan idea yang lebih jelas di minda, dan juga untuk menyerlahkan mana-mana kawasan di mana anda memerlukan lebih banyak masa untuk mengulangkaji.

Pembelajaran secara berkumpulan adalah cara mengulangkaji yang sangat berkesan. Anda mungkin mempunyai soalan yang mempunyai jawapan dan begitu juga sebaliknya dengan rakan-rakan anda. Selagi group anda dapat memastikan fokus pada topik itu dan mengadakan perbincangan untuk jangka waktu yang disepakati, ini boleh menjadi salah satu cara yang paling berkesan untuk mencabar diri anda. Pastikan group anda mempunyai peraturan dari segi bidang pebincangan dan masa yang ditetapkan.  

Mengingat adalah satu perkara penting yang mesti dilakukan calon dalam menghadapi peperiksaan. Pelbagai cara boleh anda digunakan untuk mengingat, antaranya belajar berulang kali mengenai sesuatu kemahiran.

Apa-apa pun cara digunakan, terpulang kepada anda, asalkan ia dapat membantu mengingat dan membuat kaitan apabila diperlukan.

Ada tiga perkara yang mesti diamalkan calon bagi menentukan kejayaan cemerlang dalam peperiksaan. a. Pertama, sebelum peperiksaan khususnya dalam tempoh beberapa minggu ini, kuat dan tingkatkan usaha serta semangat dengan belajar secara berterusan. Selain di sekolah dan rumah, anda seharusnya mengambil peluang memanfaatkan masa yang ada, tidak kira di mana saja berada dengan membaca nota ringkas yang disediakan sebelum ini. Ini akan membantu anda mengingati semula apa yang telah dipelajari. Dalam pada itu, kesihatan diri jangan diabaikan. Walaupun bersemangat untuk menduduki peperiksaan, janganlah keterlaluan hingga lupa makan dan minum. Ini kerana keadaan itu boleh menyebabkan anda jatuh sakit. Tidur hendaklah mencukupi supaya anda sentiasa selesa dan dapat memberi tumpuan terhadap pelajaran sama ada ketika di sekolah mahupun sewaktu belajar sendiri di rumah. Kesihatan tubuh badan yang baik amat perlu, apatah lagi akan menduduki peperiksaan. Buat seketika, lupakan dulu perkara-perkara lain yang anda minat, sebaliknya manfaat masa yang ada dengan mengulang kaji pelajaran. Ini kerana semua perkara itu boleh dilakukan kemudian berbanding peperiksaan yang kata orang sekali seumur hidup. Jangan lepaskan peluang keemasan itu. Begitu juga dengan pengambilan makanan, seharusnya ia seimbang. Dalam masa beberapa hari ini juga, anda seharusnya makan makanan yang berzat dan boleh membantu mengembang dan mencergaskan minda anda. Setelah segala persiapan diri sudah dilakukan, anda perlu pastikan keperluan peperiksaan yang lain tidak dilupakan, antaranya peralatan menulis khususnya pensel 2B, pemadam dan penajam pensel, jika tidak sediakan beberapa batang pensel. Pastikan peralatan ini disediakan lebih awal dan tidak lupa dibawa pada hari peperiksaan. Sebaiknya tidurlah lebih awal pada malam hari peperiksaan. Langkah itu perlu supaya anda berasa segar dan dapat menghadapi kertas peperiksaan dengan tenang tanpa sebarang masalah. b. Kedua, pada hari peperiksaan. Bangun dan pergi ke sekolah atau dewan peperiksaan lebih awal, bagaimanapun pastikan anda bersarapan terlebih dulu. Jika anda bangun lewat, bukan saja tidak sempat bersarapan, malah akan tergesa-gesa ke sekolah. Ingat, perbuatan tergesa-gesa menjanjikan pelbagai masalah, antaranya membuatkan anda panik lalu tidak dapat menumpukan terhadap peperiksaan. Sebelum itu, jangan lupa bersalaman dengan ibu bapa dan minta mereka mendoakan kita dapat menjawab soalan dengan jayanya. Ketika berada dalam dewan peperiksaan, anda hendaklah dalam keadaan tenang dan anggaplah peperiksaan itu sebagai perkara biasa. Untuk menenangkan diri jika menggelabah, anda tariklah nafas panjang-panjang. Langkah itu membantu jantung anda mendapat bekalan oksigen yang mencukupi, sekali gus menghilangkan rasa gugup dan bimbang. Apabila menjawab soalan, sekali lagi anda perlu tenang. Setelah diberi kebenaran oleh pengawas peperiksaan, jawablah soalan yang anda fikir mudah dulu. Jangan guna masa terlalu banyak untuk menjawab soalan sukar itu, sebaliknya terus selesaikan soalan lebih mudah. Soalan susah yang ditinggalkan sementara itu jangan diabaikan, tetapi dibuat kemudian. Jika menjawab soalan objektif, ketelitian amat perlu. Menentukan pilihan jawapan yang tepat amat penting. Pastikan jawapan yang kita pilih dalam kertas soalan sama dengan huruf pada kertas jawapan. Seandainya tersalah tanda, padamkan betul-betul sehingga hilang tanda hitam pensel. Walaupun sudah yakin jawapan yang diberi, baik bagi soalan objektif mahupun subjektif, semakan sebelum kertas jawapan diserah kepada pengawas peperiksaan adalah perlu dalam memastikan semuanya betul dan sudah dijawab. Oleh itu, peruntukkan sedikit masa untuk tujuan semakan terakhir. Pembahagian masa yang betul amat perlu ketika menjawab soalan. Gunakan masa yang diperuntukkan dengan berkesan. Jangan sekali-kali alpa atau khayal sewaktu menjawab kerana langkah itu akan merugikan anda. c. Ketiga, selepas peperiksaan. Setelah menduduki sesuatu kertas peperiksaan, anda tidak digalakkan berbincang dulu dengan rakan atau sesiapa mengenainya. Ini perlu bagi mengelakkan perasaan kecewa jika didapati jawapan anda terpesong atau salah. Jika ini berlaku, anda mungkin hilang semangat atau fikiran terganggu ketika menjawab kertas soalan berikutnya. Sebaiknya, bincang kertas soalan itu setelah peperiksaan berakhir. Langkah terbaik, beri tumpuan penuh untuk menjawab soalan, bukannya menyemak jawapan.
Anda mungkin memerlukan kudapan ketika mengulangkaji. Harus diingat apa yang anda makan benar-benar boleh memberi kesan kepada tahap tenaga dan fokus anda, jadi jauhkan diri dari makanan ringan. Jaga badan dan otak anda dengan baik dengan memilih makanan berkhasiat yang dapat membantu fokus dan daya ingatan anda, seperti ikan, kacang, biji, yogurt dan blueberry. Perkara yang sama juga perlu diamalkan ketika hari peperiksaan.
Minum banyak air, ingat bahawa terhidrasi dengan baik adalah penting untuk otak anda untuk bekerja dengan sebaik-baiknya. Pastikan anda menyimpan banyak air sepanjang mengulangkaji, dan juga pada hari peperiksaan.

Walaupun anda mungkin berfikir yang terbaik untuk adalah belajar untuk seberapa banyak jam yang mungkin, ini sebenarnya boleh menjadi tidak produktif. Jika anda berlatih untuk maraton, anda tidak akan cuba untuk menjalani latihan 24 jam sehari. Begitu juga, kajian menunjukkan bahawa untuk mengekalkan pengetahuan jangka panjang, seseorang itu perlu mengambil rehat secara teratur dan ianya sangat membantu.

Semua orang berbeza, jadi buatlah satu rutin pembelajaran yang berfungsi dan sesuai dengan anda. Sekiranya anda belajar lebih baik pada waktu pagi, mulailah lebih awal sebelum berehat pada waktu makan tengah hari. Atau, jika anda lebih produktif pada waktu malam, ambil rehat yang secukupnya pada sebelah petang.

Cuba jangan merasa bersalah kerana sedang menikmati cahaya matahari dan bukannya membongkokkan diri dengan nota anda. Ingat Vitamin D adalah penting untuk otak yang sihat.

 

Menjelang peperiksaan, pelbagai dugaan mungkin dihadapi. Oleh itu, anda seharusnya sentiasa bersedia menghadapi apa saja dugaan yang boleh mengganggu perasaan. Selepas menunaikan solat lima waktu, berdoalah supaya Allah SWT. tenangkan perasaan dan dapat fokuskan tumpuan terhadap peperiksaan.

Mintalah restu dengan ibu bapa, guru-guru, rakan-rakan serta semua orang termasuklah tukang kebun sekolah anda. Mereka-mereka inilah yang menyumbang kepada pembelajaran dan membina kehidupan anda secara langsung ataupun tidak langsung. Dengan restu dan doa mereka inshaAllah segala-galanya akan berjalan lancar.

Sering kali kita was-was ataupun tidak yakin dengan apa yang dilakukan. Dalam hal peperiksaan, anda tidak seharusnya kurang yakin dengan kemampuan diri jika sudah membuat persiapan rapi sejak awal lagi. Sepatutnya kita berdoa dan tawakal kepada Allah SWT kerana usaha itu adalah senjata terakhir bukan saja untuk membina keyakinan diri, malah mencapai kejayaan.

Diharapkan dengan 15 tip untuk cemerlang & persediaan menghadapi peperiksaan yang disediakan ini boleh digunakan oleh pelajar sebagai panduan persedian dan menghadapi peperiksaan tidak lama lagi. Di harap dengan panduan tip-tip di atas, pelajar-pelajar akan berkeyakinan dan membuat persiapan yang cukup untuk menghadapi ujian itu nanti.