Artikel
Panduan sebelum, semasa & selepas ketika menghadapi peperiksaan
Sehari sebelum Peperiksaan
- Pastikan jadual peperiksaan untuk mata pelajaran yang akan anda ambil esok. Buat ulangkaji soalan-soalan yang lepas.
- Tenangkan fikiran dan kuatkan semangat. Cuba bayangkan target anda untuk mata pelajaran tersebut.
- Sediakan segala peralatan untuk menjawab / menulis. Letakkan ditempat yang senang diambil dan mudah diingati.
- Mohon ibu bapa, guru-guru dan rakan-rakan doakan kejayaan anda.
- Tidur awal dan jangan lupa setkan jam loceng. Pastikan anda tidur secukupnya untuk memberi kesegaran pada hari esoknya.
Semasa Hari Peperiksaan
- Bangun awal dan lakukan solat hajat.
- Jangan lupa untuk bersarapan.
- Pastikan anda membawa :
- Salam dan cium tangan ibu bapa. Mohon mereka mendoakan kejayaan anda.
- Datang awal ke tempat peperiksaan iaitu sekurang-kurangnya 30 minit sebelum peperiksaan. Ini bertujuan memberi ketenangan kepada anda.
Di Dewan/ Kelas Peperiksaan
- Sebaik-baiknya jangan berbincang lagi tentang pelajaran dengan rakan-rakan sebelum masuk ke bilik peperiksaan. Perbincangan seperti ini boleh merungsingkan fikiran anda.
- Berdoalah agar anda tenang menghadapi peperiksaan dan mendapat kejayaan yang cemerlang.
- Masuklah ke bilik peperiksaan dengan disiplin dan keyakinan.
- Pastikan tempat duduk anda selesa. Duduk dan tenangkan fikiran anda.
- Sebelum membuka kertas soalan, bacalah surah Al-Fatihah dan mula mejawab. Sekiranya anda terlupa, jangan panik. Tarik nafas dan berselawatlah. Insya'Allah boleh ingat semula.