Artikel

Format serta cara untuk lulus cemerlang dalam SPM dan skor A

Tips SPM 2022 : Tiru Teknik Cara lulus dan bagaimana anda boleh skor dan dapat cemerlang SEMUA (A) mengikut format terbaru Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris (english).

Tahukah anda tips yang Mypt3 kongsikan  di bawah ini pernah dipraktikkan oleh ramai orang (PROVEN METHOD).

Menariknya, ada yang sampai berjaya dapat SEMUA (A+) dalam semakan keputusan spm dan teknik POWER ini terus diguna pakai sehingga pernah ada yang dapat Anugerah Diraja Universiti Malaya. Panduan ini boleh digunakan untuk semua subjek.

Ia merangkumi dan boleh digunapakai melibatkan tips SPM dan teknik English, Sejarah, Biology, Bahasa Melayu (BM), Matematik Tambahan, cara nak lulus dan pandai serta cemerlang untuk format Matematik Moden, Bahasa Melayu (BM), Bahasa Inggeris (BI), Fizik, Kimia SPM 2022 dan lain-lain lagi.

Boleh juga dipraktikkan senarai cara, tips untuk cemerlang, skor dan berjaya dalam belajar untuk dapat keputusan UPSR, keputusan PT3 dan juga semak keputusan SPM dan cemerlang.

Senarai 17 Tips SPM 2022 (PROVEN)

Kita mesti kena ada matlamat dan sasaran dalam hidup. Contohnya untuk keputusan peperiksaan sekolah saya nak dapat sekurang-kurangnya 5A, lepas 6A, dan seterusnya.

Jikalau tidak, anda macam tiada halatuju dan kurang bersemangat untuk buat lebih dan lebih baik lagi.

Pilih matapelajaran yang sukar terlebih dahulu dan buat latih tubi termasuk soalan ramalan SPM sehingga subjek yang paling sukar sehingga anda berjaya menguasai. Inilah satu cara nak menguasai format dan pandai Matematik, Bahasa Melayu (BM), Bahasa Inggeris (BI)/english dan lain-lain subjek dalam SPM.

Kemudian beralih pula untuk subjek yang kurang mencabar dan seterusnya.

Perlu pandai untuk bahagikan masa. Antara waktu makan, waktu rehat, waktu bermain untuk hilangkan stress dan waktu belajar.

Peruntukkan masa yang lebih lama untuk subjek yang susah. Itulah pentingnya ada jadual waktu belajar setiap hari.

Anda pasti tahu anda lebih mudah untuk senang belajar pada waktu apa? Jikalau anda rasa lebih senang dan selesa belajar waktu tengah malam peruntukkan masa tersebut untuk tumpukan pelajaran yang sukar.

Begitulah sebaliknya jikalau anda lebih selesa belajar selepas bangun dari tidur selepas anda solat Subuh. Jangan tidur balik selepas bangun tidur!

Tips cemerlang SPM semasa dalam tempoh belajar jangan tidur terlalu lama. 5 jam tidur sudah memadai.

Amalkan makan kismis setiap hari. Minum air sekurang-kurangnya 8 gelas sehari agar mudah untuk anda belajar.

Pilih tempat belajar yang sesuai. Macam kami dahulu, tidak sesekali belajar di tempat tidur bersekalikan dengan bantal, alamatnya lelap selepas itu.

Kadang-kadang akan rasa stress juga belajar. Jangan “push the limit”. Rehat sekejap. Kalau dapat hubungi ibu bapa anda. Minta semangat, doa dan nasihat daripada mereka.

Seperti kami, jikalau dapat hubungi mak ayah rasa tenang sahaja. InsyaAllah. Cubalah. Apatah lagi doa mereka cukup MUSTAJAB.

Jikalau ada yang perli-perli dengan kesungguhan kita belajar. PEDULIKAN.

Yang nak balas jasa baik ibubapa kita, yang nak berjaya dalam hidup kita sendiri, yang nak ubah nasib keluarga kita sendiri.

Ada masa itu sebelum peperiksaan besar seperti UPSR, PT3, SPM, jengok-jengoklah muka kedua ibu bapa mereka. Minta restu dan doa daripada mereka.

Lebih baik gunakan teknik PANCAINDERA yang kami kerap praktikkan setiap kali menghadapi peperiksaan, mata dan telinga kita . Contohnya :

Warnakan dengan warna terang fakta dan pint-point penting.

Perlu SEBUT fakta dan point penting yang perlu diingat itu, sebut berkali-kali sambil menulis dan warnakan. InsyaAllah. Kuat daya ingatakan anda.

Nak lebih mudah belajar, lebih banyak dekat diri dengan Allah bagi umat Islam. Jangan lebih sembahyang terus bangun. Sebaliknya panjatkan doa kepada Nya. Amalkan lepas subuh baca surah Yaasin.

Amalkan juga solat hajat. Jangan putus-putus minta padaNya. Insyallah anda belajar mudah sangat ingfat dan faham.

Anda pun akan jimat masa, tak perlu nak belek dan study benda yang sama berkali-kali. Anda ingat Allah, Allah akan ingat anda. InsyaAllah!!

Jaga percakapan anda. Jangan mencarut. Jangan sebut SUSAH. PAYAH. Itu adalah DOA!

Jangan lupa kekuatan study group. Setiap daripada anda ada kelebihan yang berbeza.

Perbincangkan setiap topik dan subjek yang perlu diberikan penekanan untuk diperbincangkan.

AJAR, AJAR dan terus berkongsi ilmu dengan seberapa ramai kawan-kawan supaya menguatkan lagi daya ingatan dan kefahaman anda.

Ada masa buatlah NOTE yang anda boleh lekatkan pada halaman tertentu di mana mengandungi ringkasan dan point-point penting.

Sekurang-kurangnya lebih mudah untuk anda ingat semula dan faham.

Akhirnya supaya tidak jadi kelam-kabut, persiapkan apa yang perlu dibawa semasa ke dewan peperiksaan.

Dah duduk dalam dewan jangan bazirkan waktu, teruskan baca doa penarang hati seperti Surah Al-Insyirah.

Jangan buka kertas exam jikalau anda tidak baca lagi ayat yang membantu mudah jawab kertas peperiksaan iaitu (rabbi yassir wala tu’assir).

Tengah jawab jem pula, tak ingat. Releks. Jangan gelabah, sebaliknya beristighfar dan basahkan bibir anda dengan berzikir. Dan sambung jawab semula. Tawakal kepada Allah.