Artikel

Doa Belajar untuk Peperiksaan

Doa adalah satu perkara yang mesti menjadi keutamaan dalam melaksanakan sesuatu perkara. Ia menunjukkan kepada kita bahawa seseorang hamba itu perlu bergantung harap sepenuhnya kepada Allah SWT.

Dalam konteks pelajar di sekolah terutamanya ketika menghadapi peperiksaan, mereka perlu meletakkan sepenuh pengharapan dan tawakalnya kepada Allah setelah dia berusaha bersungguh-sungguh demi untuk meraih kejayaan di dalam peperiksaan.

Maka, doa belajar perlu menjadi satu kelaziman bagi menarik berkat dan rahmat daripada Allah SWT.

Perkara Yang Meninggalkan Kelupaan

Maksiat banyak, banyak dosa, runsing dan berduka – cinta serta banyak kaitan dan kesibukan mengenai keduniaan. Orang yang berakal sepatutnya tidak berduka mengenai urusan keduniaan kerana ia membawa mudarat dan tidak memberi manfaat.

Berduka kerana keduniaan akan menggelapkan hati, sedangkan berduka kerana akhirat akan memancarkan cahaya di dalam hati dan kesannya dapat di lihat di dalam sembahyang. Berduka kerana keduniaan akan menyakitkannya daripada kebaikan, sedangkan berduka kerana Akhirat akan membawa kepada kebaikan.

Doa adalah satu perkara yang mesti menjadi keutamaan dalam melaksanakan sesuatu perkara. Ia menunjukkan kepada kita bahawa seseorang hamba itu perlu bergantung harap sepenuhnya kepada Allah SWT.
Dalam konteks pelajar di sekolah terutamanya ketika menghadapi peperiksaan,mereka perlu meletakkan sepenuh pengharapan dan tawakalnya kepada Allah setelah dia berusaha bersungguh-sungguh demi untuk meraih kejayaan di dalam peperiksaan.
Maka, doa belajar perlu menjadi satu kelaziman bagi menarik berkat dan rahmat daripada Allah SWT.

Perkara-Perkara Yang Membantu Ingatan Pelajar:

Kesungguhan, ketekunan, kegigihan, pengurangan makanan, sembahyang sunat diwaktu malam (sepertiga sembahyang sunat tahajjud ) dan sering membaca Al-Quran.

Ada sebahagian pendapat yang mengatakan : Tiada sesuatu yang lebih menambahkan ingatan selain daripada membaca al-Quran dengan cara melihat apa yang dibacanya.

Membaca ketika mengangkat kitab (buku) yang dibaca dan ditalaahkannya dengan bacaan :

بِسْمِ اللَّهِ وَسُبْحَانَ اللَّهِ وَالْحَمْدُ لِلَّهِ وَلَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ وَاللَّهُ أَكْبَرُ وَلَا حَولَ وَلَا قُوَّةَ إِلَّا بِاللَّهِ الْعَلِيِّ الْعَظِيْمِ الْعَزِيْزِ الْعَلِيْمِ عَدَدَ كُلِّ حَرْفٍ كُتِبَ وَيُكْتَبُ أَبَدَ اْلآ بِدِيْنَ وَدَهْرَ الدَّاهِرِيْنَ.

Maksudnya : “Dengan nama Allah Maha suci Allah. Segala puji bagi Allah. Tiada tuhan melainkan Allah. Allah maha besar. Tiada daya dan upaya melainkan dengan Allah yang maha Tinggi, maha Besar, Maha Perkasa, Maha Mengetahui sebanyak bilangan semua huruf yang telah ditulis akan dan akan ditulis sepanjang abad dan sepanjang masa.”

Dibaca selepas sembahyang lima waktu :

آمَنْتُ بِاللَّهِ الْوَاحِدِ اْلأَحَدِ الْحَقِّ وَحْدَهُ لَا شَرِيْكَ لَهُ وَكَفَرْتُ بِمَا سِوَاهُ.

Maksudnya :” Aku beriman kepada Allah yang esa, yang tunggal, yang benar sahaja, tiada sekutu baginya dan aku tidak beriman kepada yang lain daripadanya.”

Hendaklah memperbanyakkan selawat keatas nabi SAW, kerana baginda itu adalah rahmat untuk seluruh alam. Diharapkan dengan berkat selawat ke atas nabi SAW itu, diturunkan rahmat dan kekuatan kepada ingatan serta dihindarkan daripada kelupaan.

Meninggalkan maksiat.sepotong syair pernah menyebutkan :

“Aku telah mengadukan kepada Waqi’ tentang buruknya ingatanku, lantas beliau menyuruhku meninggalkan perkara maksiat.”

“Kerana sesungguhnya ingatan itu adalah kelebihan ilahi. Kelebihan ilahi tidak dikurniakan kepada orang yang berbuat maksiat.”

Perkara Yang Meninggalkan Kelupaan

Maksiat banyak, banyak dosa, runsing dan berduka – cinta serta banyak kaitan dan kesibukan mengenai keduniaan. Orang yang berakal sepatutnya tidak berduka mengenai urusan keduniaan kerana ia membawa mudarat dan tidak memberi manfaat. Berduka kerana keduniaan akan menggelapkan hati, sedangkan berduka kerana akhirat akan memancarkan cahaya di dalam hati dan kesannya dapat di lihat di dalam sembahyang. Berduka kerana keduniaan akan menyakitkannya daripada kebaikan, sedangkan berduka kerana Akhirat akan membawa kepada kebaikan.

Doa-Doa Pilihan Sewaktu Menghadapi Peperiksaan:

قَالَ رَبِّ اشْرَحْ لِي صَدْرِي * وَيَسِّرْ لِي أَمْرِي * وَاحْلُلْ عُقْدَةً مِنْ لِسَانِي * يَفْقَهُوا قَوْلِي

Maksudnya :”Musa -‘alaihissalām- berkata, “Wahai Tuhanku, lapangkanlah dadaku agar aku bersabar dalam mendapatkan berbagai rintangan. Dan mudahkanlah untukku urusanku. Dan berikanlah aku kemampuan untuk berbicara secara fasih, agar mereka memahami perkataanku tatkala menyampaikan risalah-Mu.”

[Surat Taha Ayat 25 – 28]

لَوْ أَنْزَلْنَا هَٰذَا الْقُرْآنَ عَلَىٰ جَبَلٍ لَرَأَيْتَهُ خَاشِعًا مُتَصَدِّعًا مِنْ خَشْيَةِ اللَّهِ ۚ وَتِلْكَ الْأَمْثَالُ نَضْرِبُهَا لِلنَّاسِ لَعَلَّهُمْ يَتَفَكَّرُونَ

Maksudnya :”Kalau sekiranya Kami turunkan Al-Quran ini kepada sebuah gunung, pasti kamu akan melihatnya tunduk terpecah belah disebabkan ketakutannya kepada Allah. Dan perumpamaan-perumpamaan itu Kami buat untuk manusia supaya mereka berfikir.”

[Surat Al-Hashr Ayat 21]

اَللَّهُمَّ إِنِّي أَسْتَوْدِعُكَ مَا قَرَأْتُ وَمَا فَهِمْتُ وَمَا حَفِظْتـُ فَرُدَّهُ إِلَىَّ عِنْدَ حَاجَتِيْ إِلَيْهِ،إِنَّكَ عَلىَ كُلِّ شَيْءٍ قَدِيْرٌ

Maksudnya :” Ya Allah! Sesungguhnya daku menyerahkan apa yang daku baca, faham dan hafal kepadaMu. Maka kembalikanlah ia kepadaku ketika daku memerlukannya kelak. Sesungguhnya Dikau Maha Berkuasa di atas segala sesuatu.

اَللَّهُمَّ زِدْنَا وَلاَ تَنْقُصْنَا،وَأَكْرِمْنَا وَلاَ تُهِنَّا،وَأَعْطِنَا وَلاَتَحْرِمْنَا،وَآثِرنَا وَلاَ تُؤْثِرْ عَلَيْنَا،وَارْضِنَا وَارْضَ عَنَّا

Maksudnya :”Ya Allah! Tambahkanlah kami, jangan Dikau kurangkan; Muliakanlah kami, jangan dihina; Berilah kami, jangan ditahannya; Pilihlah kami, jangan Dikau biarkan; Redhailah kami dan redhailah juga usaha kami.”

اَللَّهُمَ إِنِّيْ أَسْأَلُكَ فَهْمَ النَّبِيِّيْنَ وَحِفْظَ الْمُرْسَلِيْنَ وَالْمَلَائِكَةِ المُقَرَّبِيْنَ.اَللَّهُمَّ اجْعَلْ لِسَانِيْ عَامِرًا بِذِكْرِكَ وَقَلْبِيْ مَلِيْئًا بِخَشْتِكَ،إِنَّكَ عَلَى مَا تَشَاءُ قَدِيْرٌ

Maksudnya :”Ya Allah! Daku memohon padaMu kefahaman para nabi, ingatkan para rasul dan dihampiri malaikat. Ya Allah! Jadikanlah lidahku basah berzikir mengingatiMu dan hatiku dipenuhi dengan gentar padaMu. Sesungguhnya Dikau maha berkuasa di atas segala apa yang Dikau kehendaki.”

اَللَهُمَّ ارْزُقْنَا فَهْمَ النَّبِيِّينَ وَحِفْظَ المُرْسَلِينَ وَإِلْهَامَ المَلَائِكَةِ المُقَرَّبِينَ فِي عَافِيَةٍ يَا أَرْحَمَ الرَّاحِمِينَ.

Maksudnya :”Ya Allah! Kurniakanlah kami kefahaman para Nabi dan hafazan para Rasul, serta ilham daripada para malaikat yang hampir denganMu, kurniakanlah kami kesihatan yang baik; Wahai Tuhan yang Maha Pengasih!”

اللّهُمِّ إِنْي أَسْأَلُكَ الفَوْزَ عِنْدَ القَضَاءِ وَمَنَازِلَ الشُهَدآءِ وَعَيْشَ السُّعَدَآءِ وَالنِّصْرُ عَلَى الأعْدآءِ

Maksudnya :”Ya Allah! Kami memohon daripada-Mu kejayaan dalam setiap ketentuan, tempat para syuhada’ dan kehidupan mereka yang bahagia serta kemenangan ke atas musuh.”