7 Makanan HEBAT Rahsia Minda CERDAS
Otak bukan sahaja mengawal aktiviti yang dirancang seperti berfikir, menulis, bergerak dan lain-lain. Malah otak juga mengawal aktiviti di luar kawalan kita seperti degupan jantung, denyutan nadi, menghantar matlumat, menerima isyarat deria, pengaliran darah keseluruhan badan dan banyak lagi dalam sistem bio tubuh kita.
Di sini peranan bijirin penuh amatlah penting kerana ia dapat memberi tenaga yang konsisten kerana proses pembebasan tenaganya yang perlahan mampu memberi tenaga dalam tempoh yang lama. Hasilnya, kita dapat memberi lebih tumpuan dan fokus ketika belajar dalam jangka masa yang panjang. Vitamin B di dalamnya juga dapat memelihara sistem saraf yang menjadi tunjang utama bagi mekanisme kerja otak.
Omega 3 hadir di dalam minyak ikan dalam bentuk EPA dan DHA. Ikan seperti tuna, salmon dan sardin mengandungi kandungan minyak ikan yang tinggi turut mengandungi Omega 6. Selain itu, vitamin B3, B6 dan B12 di dalam minyak ikan juga meningkatkan ketajaman fikiran. Masyarakat Jepun yang gemar menikmati menu ikan mentah dari sushi dilihat mempunyai pencapaian akademik yang tinggi.
Zat ini juga meningkatkan daya belajar dan menghilangkan kekaburan fikiran selain menjaga kesihatan neuron otak. Cuma makan telur tu biar berpada-pada ya. Jika berlebihan boleh menyebabkan bau badan samada melalui peluh mahupun angin (kentut).
Sebagai contoh kombinasi vitamin E dan tiamin berperanan melindungi membran sel saraf dan otak. Potassium (kalium) pula memastikan fungsi tubuh dan otak berada di paras optimum. Kandungan antioksida di dalam kekacang dapat melawan radikal bebas yang menyerang sel otak. Antara kekacang yang menjadi pilihan utama sebagai makanan tambahan otak adalah badam. Badam sangat dipercayai oleh bangsa Yahudi sendiri untuk menjadikan anak mereka cerdas dan pintar. Kajian yang didedahkan pada tahun 2010 di International Conference on Alzheimer Desease menunjukkan bahawa kacang walnut yang menyerupai bentuk otak terbukti meningkatkan kemampuan belajar, menguatkan memori dan membaiki koordinasi motor pada manusia.
Tahukah anda bahawa otak yang tidak dijaga dengan baik akan lebih cepat tua berbanding usia kita? Kajian pada tahun 2009 di dalam Journal of Nutrition Food membuktikan bahawa walnut mampu bukan menghentikan proses penuaan tetapi mengembalikan otak kepada usia yang lebih muda.
Percayalah. Bukan sahaja sayur-sayuran baik untuk kesihatan, mencantikkan kulit, mengawal berat badan malah sangat membantu melindungi otak. Seorang ahli kesihatan David Perlmutter (MD) menulis di dalam “The Better Brain Book” menyatakan bahawa bahagian tubuh yang paling sensitif terhadap serangan radikal bebas adalah otak.
Bayam mengandungi vitamin B9 yang meningkatkan memori untuk kecerdasan otak. Vitamin C dan E nya pula meningkatkan sistem kognitif. Warna hijau pekat pada brokoli menunjukkan kandungan vitamin K yang tinggi berperanan meningkatkan fungsi kognitif dan kuasa otak.
Biji labu mempunyai khasiat zink yang bertindak menambah memori dan kemahiran berfikir. Warna terang pada buah labu dan lobak merah pula menunjukkan sayuran ini kaya dengan nutrisi dan antioksida untuk membantu sel otak menjadi sihat dan kuat.
Selain itu, lobak merah mengandungi komponen luteolin yang tinggi untuk mengelakkan proses penuaan pada otak. Komponen ini juga membantu masalah kehilangan memori dan keradangan pada otak seperti kajian yang dikeluarkan di dalam Journal Nutrition pada tahun 2010.
Kajian dari Universiti Tuft, USA menunjukkan bahawa keluarga beri dapat mengelakkan kehilangan kapasiti memori jangka pendek bagi mereka yang mengamalkannya. Hasil penelitian Dr Elizabeth Devore bersama pasukannya di Sekolah Harvard pula mendapati wanita yang makan buah-buahan beri memiliki memori yang lebih baik terutamanya dengan faktor peningkatan usia.
Buah seperti strawberry, blueberry dan blackberry misalnya mempunyai anthocyanidins yang tinggi iaitu antioksida yang sangat bermanfaat untuk mencegah kerosakan dan membantu pemulihan sel-sel otak.
Selain itu, keluarga beri merendahkan tanda-tanda depresi iaitu sejenis tekanan pada sel akibat proses penuaan sekaligus membantu meningkatkan isyarat keupayaan otak. Buah apel pula mempunyai sejenis antioksida yang bernama quercetin yang melindungi sel-sel otak dari kerosakan radikal bebas. Buah apel dapat merendahkan risiko alzheimer.
Makan coklat dan pembebasan endorphines akan dirangsang dari otak anda. Endorphines bukan sahaja penahan sakit semulajadi malah dapat membantu mengubah emosi anda menjadi lebih tenang dan gembira. Kehebatan coklat tidak perlu ditunggu ketika dimakan sahaja. Kajian juga membuktikan bahawa dengan menghidu bau coklat sahaja, gelombang theta pada otak akan meningkat seterusnya merangsang ketenangan kepada anda.
Selain menghilangkan tekanan emosi yang tidak bagus untuk otak dan mengelakkan depresi pada diri anda, jelas juga coklat memberi manfaat yang baik untuk kesihatan jantung anda.