Artikel

7 Makanan Sunnah Kuatkan Daya Ingatan

Hari ini kami akan kongsikan beberapa makanan sunnah yang tak dapat di sangkal mampu membantu untuk menguatkan daya ingatan. Dan makanan sunnah yang kami akan kongsikan bukan sahaja akan membantu dalam menigkatkan daya ingatan anda tetapi mampu jugak menjaga kesihatan kita.
Dengan itu, untuk menjadi mukmin yang kuat kita seharusnya mengambil makanan yang diamalkan oleh Rasulullah SAW untuk tubuh badan yang sihat dan otak yang cerdas. Disini kami kongsikan beberapa makanan sunnah nabi SAW.

7 Makanan Sunnah Terbaik untuk Otak:

Buah kurma ialah makanan yang sempurna untuk tubuh badan kita. Dalam kebanyakan masa, Rasulullah akan memakan buah kurma sebagai makanan utama Rasulullah SAW. Banyak khasiat buah kurma yang kita dapati. Antaranya buah kurma mempunyai mineral, vitamin, serat, dan antioksida yang sangat penting untuk badan. Dikatakan buah kurma boleh dijadikan sebagai pengganti diet yang sangat baik.

Mengikut pakar perubatan, antara kelebihan kurma ialah dapat membantu pesakit asma, dapat menguatkan tulang, dapat meningkatkan tenaga batin, dan dapat mengawal berat badan. Potassium dalam kurma merupakan sesuatu yang penting dalam sistem saraf kita. Oleh itu kurma dapat menambahkan KECEKAPAN dan KETAJAMAN aktiviti OTAK. Oleh itu, bagi sesiapa yang ingin menambahkan kecekapan otak boleh mengamalkan memakan buah kurma. Ia sangat bagus untuk menguatkan ingatan kepada pelajar-pelajar.

Madu merupakan makanan yang sangat istimewa diciptakan oleh Allah SWT. Dihasilkan daripada lebah yang terbang jauh untuk mengumpulkan madu di sarangnya. Madu mempunyai banyak khasiat yang diperlukan oleh tubuh. Antara khasiat yang terdapat dalam madu adalah enzim, vitamin, mineral, dan pinocembrin. Khasiat-khasiat ini sangat baik untuk perkembangan otak.

Kismis merupakan makanan sunnah yang sangat istimewa. Kismis berasal dari buah anggur yang telah kering. Dikatakan kismis dapat mengurangkan tekanan dalam badan, dapat melancarkan peredaran darah, dapat menguatkan jantung, dan dapat membantu dapat rawatan penyakit anemia.

Kismis sangat baik untuk otak. Minda akan lebih cekap dan kuat menghafal apabila selalu memakan kismis. Sebab tu ramai ustaz-ustaz menyarakan pelajar-pelajarnya untuk makan kismis supaya mudah menghafal.

Menurut segi sains, buah anggur segar mempunyai kandungan vitamin C dan flavonoid yang tinggi. Vitamin C dapat membantu menguatkan badan manakala flavonoid adalah antioksida yang membantu melawan radikal bebas. Kismis pula kaya vitamin, riboflavin dan folat. Selain itu, mineral surih bernama boron boleh membantu menambahkan penumpuan, koordinasi tangan dan mata serta meningkatkan memori.

Minyak zaitun tidak boleh diceritakan lagi tentang kelebihannya. Minyak zaitun banyak diterangkan oleh nabi sebagai makanan yang terbaik.


Dari sudut sains, minyak zaitun diperkaya dengan lemak, vitamin E, vitamin K, dan sedikit sekali zat besi. Terdapat juga polyphenols, sumber bagi Omega 3 dan Omega 6 yang juga terdapat di dalam ikan, avokado dan kekacangan. Antara khasiatnya adalah menurunkan paras kolestrol dalam darah, mengelakkan masalah sakit jantung, membantu dalam mengawal tekanan darah, dapat membantu menghilangkan tanda-tanda penuaan, menguatkan sistem imunisasi tubuh, dan melindungi dari kesan radikal bebas.

Bagaimana minyak zaitun memberi kesan yang baik pada otak? Dikatakan minyak zaitun dapat meningkatkan keupayaan kognitif dan juga memori. Lemak berguna (lemak baik) didalam minyak zaitun dapat membantu dalam pemantapan otak kerana 60% komponen otak adalah dari lemak.

Buah yang begitu istimewa sehingga Allah SWT sendiri telah menyebut tentang buah tin didalam Al-Quran. Dikatakan buah tin merupakan buah yang penuh dengan khasiat seperti vitamin, mineral, serat, dan antioksida yang tinggi. Buah tin juga dapat membantu dalam sistem pencernaan. Apabila sistem pencernaan baik, maka badan kita dapat menyerap nutrien dan khasiat makanan dengan baik.


Pemakanan buah tin juga melibatkan aktiviti penyingkiran toksin menyebabkan sisa buangan juga dapat dilakukan dengan lebih teratur. Buah ini juga dapat meningkatkan fungsi otak. Buah tin yang juga dapat membantu dalam menangani tekanan dan mengelak serangan strok. Begitu banyak kelebihan buah tin yang sangat rugi jika kita meninggalkan pemakanan buah tin ini.

Habatus sauda’ juga merupakan makanan sunnah yang sangat bagus untuk otak. Habatus sauda mempunyai khasiat yang sangat tinggi dalam meningkatkan imunisasi badan dan dalam melawan penyakit.

Antara kelebihan habatus sauda’ ini ialah dapat memberikan kekuatan untuk daya tahan tubuh yang lebih lama. Ia dapat meningkatkan sel-sel pembunuh alami bakteria jahat dalam tubuh. Habatus sauda’ dapat menghindarkan kita dari penyakit berbahaya seperti aids dan kanser.

Susu kambing merupakan makanan yang sangat disukai oleh Rasulullah SAW. Sangat banyak khasiat susu kambing yang semakin mendapat perhatian masyarakat.

Antara khasiat susu kambing adalah ia merupakan makanan yang terbaik bagi pembinaan otak, sistem saraf dan fakulti mental. Susu kambing mempunyai segala vitamin, mineral, protein dan lemak yang penting bagi perkembangan jaringan otak, enzim dan neurotransmitter sekaligus memberi tenaga untuk otak.